EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA DI DALAM BILIK DARJAH
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
Kesalahan yang pertama ialah penggunaan kata sendi nama. Kata sendi nama digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk prediket ayat. Contoh-contoh kata sendi nama ialah dari, daripada,di,pada dan ke.Murid-murid kerap menyalahgunakan penggunaan kata sendi kata ‘ dan ‘daripada’.
Kata ‘dari’ dan ‘daripada’ mempunyai fungsinya tersendiri. ‘Dari’berfungsi untuk menunjukkan masa dan tempat manakala ‘daripada’digunakan dalam hal-hal yang lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstark, pertentangan, asal kejadian dan untuk menyatakan keanggotaan.
A) Kesalahan penggunaan kata depan ‘di’. Contonnya :
i) Suasana amat tenang di pagi yang permai itu. ( salah )
Suasana amat tenang pada pagi yang permai itu ( betul )
ii) Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa Melayu. ( salah )
Kita harus fasih bertutur dalam bahasa Melayu. ( betul )
B) Kesalahan penggunaan kata depan ‘dari’. Contohnya :
i) Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi. ( salah )
Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi. ( betul )
ii) Saya menantinya daripada pukul dua petang. ( salah )
Saya menantinya dari pukul dua petang. ( betul )
C) Kesalahan penggunaan kata depan ‘daripada’. Contohnya :
i) Rumah itu lebih cantik dari rumah ini. ( salah )
Rumah ini lebih cantik daripada rumah ini. ( betul )
ii) Kain itu dibuat dari sutera. ( salah )
Kain itu dibuat daripada sutera. ( betul )
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata ganti nama diri boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama diri tunjuk dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah.
Kata ganti nama diri orang
|
Contoh
|
i) orang pertama
|
saya, aku, beta, patik, kami dan kita
|
ii) orang kedua
|
anda, engkau, awak dan kamu
|
iii) orang ketiga
|
ia, dia, mereka dan -nya
|
Kata beliau, dia, ia, kami, kita dan mereka sering digunakan dengan salah. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Contoh kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah :
A) Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
B) Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
C) “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
KESALAHAN PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz dan sebagainya. Ianya selalu digunakan sebelum sesuatu kata nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Antara penjodoh bilangan yang sering disalahgunakan penggunaannya ialah keping, biji, buah, batang, kuntum dan jambak.
Walaubagaimanapun ada juga penjodoh bilangan yang tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Contohnya :
A) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
B) Encik Kamal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. ( salah )
Encik Kamal telah memberikan pendapat yang bernas. ( betul )
* Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
C) Shila memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. ( salah )
Shila memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. ( betul )
* Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. Kata hubung terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
1) kata hubung gabungan
Contoh : dan, serta, atau, sambil, maka
2) kata hubung pancangan
Contoh : sejak, tetapi,, kerana, hingga, antara, apabila, semenjak
3) kata hubung berpasangan
Oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun- tetapi, meskipun – namun
Antara kesalahan murid semasa pengajaran tatabahasa ialah :
a) Mengulang penggunaan kata hubung ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat.
i) Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. ( salah )
Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. ( betul )
b) Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan.
i) Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.
c) Jika ‘atau’digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
i) Pelajar itu menghisap rokok atau dadah?
Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah?
RUMUSAN
Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramati dan bentuk yang bukan gramatis. Pengajaran tatabahasa adalah pengajaran mengenai hukum-hukum dan peraturan sesuatu bahasa. Hal ini melibatkan struktur dan sistem bahasa tersebut. Pemahaman yang baik tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari akan membolehkan seseorang menguasai dan menggunakan bahasa itu dengan betul, cekap dan berkesan. Pelajar-pelajar masih lemah dalam penguasaan bahasa, terutamanya aspek tatabahasa.
No comments:
Post a Comment